Renungan pagi Markus 24-30.
Mari kita melihat dan merenungkan sebgaimana keteguhan Rohani seorang perempuan Siro Fenisia, ada beberapa kelebihan dan keistimewaan yang terdapat dalam diri seorang peribadi ini. mari kita meninjau apa sebenarnya keistimewaan dan kelebihan seorang ibu yang dicatat dalam teks ini dalam:
-ayat yang ke-25
waktu anaknya berada dalam keadaan yang kerasukan, dia datang dan tersungkur kdi depan kaki Tuhan.
-Ayat 26
Ia memohon kepada Yesus agar anaknya terlepas dari ikatan iblis. Nyata sekali ibu ini tidak mengandalkan kekuatan dan kemampuan diri sendiri, tetapi Tuhan.
"Apa kesan daripada keteguhan Rohani yang dimiliki oleh seorang perempuan siro Fenisia demikian? Tuhan memperhatikan sebagaimana keikhlasan dan kesungguhannya
(ayat 29).
Hasil daripada keteguhan Rohani seorang ibu ini kita perhatikan ayat yang ke-30 pada waktu ia pulang ke rumahnya lalu didapatilah anaknya yang sedang terbaring ditempat tidur dan pada waktu itulah setang demikian keluar dari anaknya.
"Sesuai dengan perkongsian kita pada pagi ini, sekadar Renungan saja, kita dapat melihat apa kelebihan dan keistimewaan seorang ibu siro Fenisia sehingga Tuhan memperdulikan dia kerana melihat kesungguhan hati yang benar-benar merendahkan hati dihadapan Tuhan.
Bukan mudah untuk memiliki krohanian yang kuat seperti seorang ibu ini. Kalau bukan kerana dia mengandalkan dan mengharapkan pertolongan dari Tuhan terhadap anaknya yang dirasuk setan. Tetapi dengan kejujuran dan kesungguhannya mencari dab datang kepada Tuhan anakya terlepas dari kerasukan. Adakah anda memiliki kerohanian seperti ibu ini?jika belum terimalah Tuhan sebagai penyelamat peribadi anda.
BalasPadam