Teks :Hakim-hakim 3:7-12; 4;6;
Tema : Akibat tidak hidup takut akan Tuhan
Pembahasan ini, adalah berkisar tentang orang Israel yang awalnya adalah umat-umat pilihan Allah, akhirnya mereka
dengan secara tiba-tiba menjadi orang yang jahat dan lebih jahat dari yang sebelumnya. Kalau diperhatikan dan dilihat dengan jelas
bagaimana kehidupan umat-umat Israel, mereka menyembah allah lain dan selalu melakukan kejahatan yang langsung tidak disenangi oleh Tuhan.
Kalau kita perhatikan kehidupan manusia zaman sekarang tidaklah terlalu jauh perbezaannya terhadap praktik hidup umat Israel pada
masa dahulu.
Mari kita lihat apa yang berlaku kepada mereka, dalam teks pembahasan ini cukup jelas hukuman Tuhan terhadap mereka
Bagaimana Jalan kehidupan orang Israel menurut apa yang dapat diperhatikan dalam teks pembahasan ini?
1. Mereka melakukan kejahatan di mata Tuhan.
2. Mereka melupakan TUHAN.
3. Mereka beribdah kepada "Baal" & para Asyera.
Apa akibat daripada hidup tidak takut akan Tuhan?
1. Mereka dijual kepada Kusyan-Risyataim (raja aram mesopotamia)
2. Mereka takluk kepada kusyan-Risyataim selama 8 tanun.
Berseru kepada Tuhan
Akibat daripada ketidak-setiaan orang israel terhadap Tuhan, maka mereka terus berseru kepada Tuhan, apa yang berlaku ketika mereka
berseru kepada Tuhan?
1. Walaupun orang Israel selalu melakukan perkara yang tidak baik di mata Tuhan, tetapi Tuhan tidak pernah membiarkan mereka
kalau dilihat dengan jelas, ketika orang Israel berseru akhirnya bangkitlah seorang raja bagi umat Israel iaitu Otniel.
Otniel adalah anak kepada Kenas adik Kaleb.
2. Raja Otniel dihanggapi Roh TUHAN, sehingga dia menjadi pemerintah terhadap umat Israel.
3. Ketika mereka berperang, akhirnya TUHAN menyerahkan Kusyan-Risyataim yang merupakan raja aram dan raja ini telah dikalah olehnya.
Kalau kita melihat sambungan daripada cerita, di mana umat Israel kembali lagi melakukan perkara=perkara yang tidak baik, ketika raja
Otniel meninggal, dan pembahasan yang seterusnya pun, mereka tetap melakukan perkara jahat. Hal ini dapat diperhatikan ketika mereka kehilangan
raja untuk menjadi pemimpin bagi mereka.
ge
Kehidupan manusia juga kadang-kadang seperti apa yang dilakukan oleh umat israel, sedangkan mereka telah menyedari bahawa perlunya
mereka menyedari dan berubah daripada sikap mereka yang tidak takut akan Tuhan. Segelintir manusia zaman sekarang tidaklah jauh berbeza dengan
apa yang kita dapat lihat dalam pembahasan di atas dan seterusnya. Memang manusia sedar akan kesilapan mereka dan menyedari bahawa setiap perbuatan
yang tidak baik itu, langsung tidak bermanfaat, tetapi inilah kelemahan manusia kadang sedar, kadang kembali kepada dosa yang telahpun
ditinggalkan. Kalau dulu waktu bertaubat air mata berlinangan Tuhan ampuni saya, tetapi bagi mereka yang belum ada pertaubatan yang
sungguh-sungguh pastilah mereka akan kembali lagi kepada jalan hidup yang lama.
Contoh:
1. Saya tidak merokok -akhirnya merokok lagi
2. saya tidak mahu minum lagilah sebab saya sudah bertaubat - akhirnya minum lagi, bahkan lebih dari yang sebelumnya "aramai Ti".
3. Saya tidak mahu terpengaruh dengan seksual lagilah - tetapi apa yang berlaku bagi mereka yang tidak mempunyai kesedaran dan penyerahan
diri sungguh-sungguh, mereka pasti akan kembali kepada kebiasaan hidup mereka yang telahpun ditinggalkan dan dihentikan.
4. Banyak perkara lagi yang dapat membuat manusia tidak sering terjeremus dalam lumpur dosa.
Apa yang sangat perlu adalah:
1. Takut akan Tuhan
2. Berserah sepenuhnya kepada Tuhan
3. Menguasai diri.
4. Tidak berusaha untuk kembali lagi kepada jalan hidup yang lama.
5. Percaya (Yoh 6:47)
6. Menyedari bahawa hanya Tuhan yang dapat memberikan keselamatan (Yoh 14:6) bukan allah lain.
" Oleh itu sangat perlu kita hidup takut aka Tuhan, bukan menyukai kejahatan, jauhilah kejahatan kerana kejahatan membawa kita kepada
jurang maut, serahkanlah hidupmu sepenuhnya kepad Dia dan sedarlah akan setiap pelanggaranmu tidak mendatangkan manfaat yang baik dalam
diri" Amen..Dengan harapan.. anda yang membaca renungan ini, akhirnya membuat satu komitmen dan motivasi yang baru dalam diri
untuk meninggalkan kebiasaan-kebiasaan hidup yang langsung tidak baik di mata Tuhan..Gbu All..